Bidang: Tambah
Tajuk: Tambah dalam lingkungan 1000
Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk:
Menambah
sebarang dua nombor tiga digit dan tiga digit dengan mengumpul semula
dari sa ke puluh dan puluh ke ratus dalam lingkungan 1000
Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk:
Menambah
sebarang nombor tiga digit dan tiga didit dengan mengumpul semula
dari sa ke puluh dalam lingkungan
1000.
Masa : 90 minit ( 3 waktu)
Fasa
|
Cadangan Aktiviti
|
Cadangan Komunikasi
|
||||
1. Persediaan
Pemerhatian dan Analisis
|
a. Murid membuat pemerhatian terhadap bilangan gula-gula yang ditunjukkan di
dalam bekas.
b. Murid membuat perbandingan bentuk, saiz, warna dan bilangan gula-gula
yang ditunjukkan
c. Contoh-contoh lain boleh digunakan seperti aiskrim, biji saga, kacang
tanah dan benda-benda lain yang sesuai.
|
Soalan:
i.
Berapakah anggaran
bilangan gula-gula 1?
ii. Berapakah anggaran bilangan gula-gula 2?
iii. Berapakah bilangan gula-gula 1?
iv. Berapakah bilangan gula-gula 2?
(Bagi soalan iii dan iv boleh minta murid membilang)
v. Berapa semuanya gula-gula yang ada?
|
||||
2. Imaginasi
Penjanaan Idea dan Sintesis
Idea.
|
Guru bercerita
tentang situasi:
Ali mempunyai 216 biji guli. Abangnya memberi 118 biji
guli kepadanya. Berapakah bilangan guli yang ada padanya sekarang?
Bimbing murid mereka situasi lain yang bersesuaian
melibatkan
Operasi Tambah
|
Sesi soal-jawab:
i.
Berapakah jumlah asal
guli Ali?
ii. Berapakah bilangan guli yang diberi oleh abangnya?
iii. Berapakah jumlah guli yang Ali ada sekarang?
Boleh minta murid wakilkan objek guli dengan blok asas.
|
||||
3. Perkembangan
Penambahbaikkan
Menilai
|
Perkukuhkan aktiviti menambah mengumpul semula:
a. Bentukkan beberapa kumpulan kecil yang bilangannya tidak melebihi 5 orang
yang terdiri daripada pelbagai aras kebolehan untuk menjalankan operasi
tambah dengan mengumpul semula dari sa ke puluh.
b. Agihkan 26 biji gula-gula kepada setiap kumpulan.
c. Setiap kumpulan dikehendaki mengira jumlah gula-gula tersebut.
d. Tambah lagi bilangan gula-gula sebanyak 14 biji setiap kumpulan.
e. Arahkan setiap kumpulan mengira jumlah gula-gula yang mereka terima.
f. Wakil kumpulan melaporkan jumlah gula-gula yang mereka terima.
Ulangi situasi di atas dengan menggunakan guli yang
melibatkan operasi tambah dengan
mengumpul semula yang melibatkan puluh ke ratus.
|
Kemungkinan ada murid menjawab:
Guru perlu membimbing murid membetulkan kesilapan yang
dilakukan.
Jelaskan mengumpul semula bagi hasil tambah ’6 dengan
8’ jadi 14. 1 puluh letak di rumah puluh dan 4 letak di rumah sa hasilnya:
Sesi soal jawab
Kira jumlah gula-gula yang diberikan kepada setiap
kumpulan.
Berapakah tambahan gula-gula yang diberikan pada kali
ke dua?
Berapakah jumlah keseluruhan guli yang diterima oleh setiap kumpulan?
|
||||
|
a. Agihkan sebilangan blok asas
kepada setiap kumpulan.
·
Kumpulan 1 - 73
·
Kumpulan 2 - 64
·
Kumpulan 3 - 82
·
Kumpulan 4 - 53
Murid
dikehendaki mengira jumlah blok asas tersebut.
b. Guru mengarahkan dua kumpulan untuk menggabungkan blok asas mereka.
c. Wakil melaporkan jumlah blok asas yang digabungkan oleh ahli
Kukuhkan aktiviti dengan gabungan blok asas bagi dua
kumpulan murid yang lain dan cari hasil tambahnya.
d. Guru memberikan contoh-contoh lain dengan menggunakan nombor yang lebih
besar.
e. Murid mewakilkan nilai ratus, puluh dan sa
·
blok asas
·
Wang kertas mainan
·
Tempoh masa
·
Ukuran panjang
·
Timbangan berat
·
Isipadu cecair
|
Berapakah jumlah blok asas yang diterima oleh setiap
kumpulan?
Berapakah jumlah yang kumpulan anda dapat ?
Berapakah jumlah guli yang anda ada sekarang?
1. Kumpulan 1 + Kumpulan 2
(73
+
64 = 137)
2. Kumpulan 3 + Kumpulan 4
(82 +
53 = 135)
Berapakah jumlahnya sekarang?
Wakilkan nombor dengan bahan-bahan yang berkaitan.
164
+ 157 =
RM165 +
RM157 =
145 minit +
156 minit =
138 cm
+ 184 cm =
163 g
+ 158 g =
575
ml +
149 ml =
|
||||
|
||||||
4. Tindakan
Pelaksanaan
Amalan Berterusan
|
Murid menambah nilai menggunakan lidi penyapu, yang
diberikan kepada setiap kumpulan mengikut ratus, puluh dan sa.
a. Kumpulan menamakan bilangan lidi penyapu yang diperolehi.
b. Ahli kumpulan menentukan nilai
yang mewakili lidi penyapu yang diperolehi.
c. Menambah dengan mengumpul semula antara kumpulan mengikut arahan yang
diberi.
(Murid membentuk beberapa contoh lain)
|
Soalan:
Menamakan bilangan lidi penyapu mengikut ratus, puluh
dan sa.
Kumpulan 1:
134
Kumpulan 2:
287
Kumpulan 3:
266
Kumpulan 4:
279
Berapakah nilai
bagi ratus?
Berapakah nilai
bagi puluh?
Berapakah nilai
bagi sa?
Berapakah jumlah lidi penyapu yang diperolehi oleh
kumpulan 1 dan 2 ?
Berapakah jumlah lidi penyapu yang diperolehi oleh
kumpulan 3 dan 4?
Membandingkan nilai blok asas dengan nombor yang lain.
|
||||
|
Nota;
a. Guru boleh menggunakan bahan lain
yang difikirkan sesuai dengan murid.
b. Guru boleh menggunakan lain-lain aktiviti yang sesuai.
|
|
||||
Pentaksiran :
Rujukan Lembaran Kerja 3 hingga Lembaran Kerja 5
|
||||||
Nilai dan Sikap:
|
Terima kasih kerana berkongsi maklumat.
ReplyDeleteTerima kasih di atas komen yang diberikan.
DeleteSatu rancangan pengajaran yang menarik dan berkesan.
ReplyDeleteTerima kasih di atas komen yang diberikan.
DeleteRancangan pengajaran sungguh menarik, tahniah.
ReplyDeleteTerima kasih di atas komen yang diberikan.
Delete